Monday, January 2, 2012

...2011 In Memory...

Assalamualaikum w.b.t..

Its been a year tak blogging! (padahal last post on 12 November 2011) haha, kira setahun la jugak tu kan??

Well, my common question, 'How Are You'?? Am hope all of you sihat, ceria and bahagia selalu..
Me? Am good! Alhamdulillah..

First of all, Nazz nak wish everyone! A Very Happy New Year!!!

So, bila tahun baru mesti ada azam and impian baru kan? Make sure tunaikan dulu azam yang di impikan tahun lps.. Nazz pun masih ada azam yang tak dapat direalisasikan tahun lepas, harap2 tahun ni ada rezeki utk capai azam dan impian Nazz..

Sejak dari sekolah kita diajar untuk tanamkan azam masing2, tapi time sekolah apalah azam yang boleh kita capai selain lulus peperiksaan dgn cermelang, jadi anak/student yang baik etc etc.. Kalau kata azam nak beli gadget tu mmg tidak la kann, who's born in 80's mana ada gadget2 ni duit sekolah pun RM3 je.. Budak sekolah sekarang mungkin laa kot but not during my time.. Gadget paling terhebat dimasa itu adalah NOKIA 3310!

Kalau orang tanya nazz, apa itu azam, for me the answer is simple.. Azam adalah sesuatu yang kita target kita mampu laksanakan samada dalam jangka pendek (beberapa bulan / within one year) atau dalam jangka panjang (few years)..

Bila kita tahu duration utk kita capai target so kita tak kan give up.. Kalau kita main hentam je azam mmg jawabnya hangat-hangat taik itik laaa.. I'm sure bulan January je semangat, lepas tu hampehhh! Azam pun hilang entah kemana.. For me, azam itu penting utk didik hati dan minda, supaya berusaha dan berdoa mencapai sesuatu.. Nazz nak share some of my dreams yang dah jadi kenyataan pada tahun 2011..


2011 IN MEMORY!

1. Intern at PR Agency

Memang dari hari pertama ambil course PR Mass Comm pada tahun 2008 hati ni tertanya2 mcm mana la kerja dlm media industry, nak sangat deal with client, buat press release, event management, news monitoring and mcm2 lagi.. and alhamdulillah 13 December 2010 - 28 January 2011 Nazz diberi peluang utk intern dkt 'Essence Communication' one of the best PR Agency..


2. Intern at United Kingdom

July 2010 nama nazz diumumkan oleh Ketua Program (KP) sebagai calon terpilih untuk menjalani practical training dkt oversea.. Setelah melalui pelbagai process alhamdulillah on 3 February 2011 - 22 April 2011 nazz dapat menjejakkan kaki dibumi Britain.

3. Tour Britain (Winter/Spring)

Sepanjang 3 bulan dkt Birmingham UK, nazz ambil peluang keemasan ni utk tour Britain, boleh kata saban minggu travel dgn gigihnya.. Nazz bukan seorang perempuan yang meminati footbal tapi masa di Britain nazz ambil kesempatan utk tour Manchester, Liverpool, Leeds and Aston. Menjejakkan kaki di London, then tour Scotland..Oh sangat2 fun!! Tapi seperti kata perpatah kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan, sebelum balik Malaysia nazz plan nak tour Europe (Barcelona-Paris-Rome-Geneva-Berlin) tetapi terpaksa d
ibatalkan atas faktor kesihatan dan masa.. Apa2 pun nazz syukur sangat2..

4. Rest Untuk 2 Bulan (Tanam Anggur)

Balik Malaysia rasa nak lompat tinggi2 sebab finally I'm completed my internship and nekad dan berazam utk rest selama 2 bulan.. Boleh cakap saat paling indah sbb kerja utama, makan tidur makan tidur.. No assignment, No Exam and No Lecture! Heee.. (Tapi sekarang dah kerja rindu giler UNI LIFE!!!)


5. Be Part of The O&G Company

Setelah 2 bulan tanam anggur, bulan June Nazz start job hunter, perkara pertama nazz lakukan adalah menyenaraikan prospect company mengikut kategori.. Cheeewaah! Dari PR Agency - Airlines - GLC - Event Management - Property - O&G Company.. Kalau boleh mmg la nak masuk O&G Company sbb nak tahu sgt kenapa O&G je orang selalu anggap wow
w! Bidang lain pun woww jugak kan? Tanpa dijangka akhirnya Allah bg rezeki utk nazz mula menapak kan diri dlm O&G Industry.. Secara jujur mmg susah, hampir2 give up sbb masa tu baru tahu betapa stressnya sampai xde life, workloads jgn cakap dengan travel sana sini mmg hilang masa untuk diri sendri, tapi sbb doa and usaha tak putus2 alhamdulillah masih bertahan hingga hari ni.. 1 Julai 2011 nazz mulakan hari pertama sebagai pekerja.. Kini dah hampir 6 bulan.. Kejup je kann??

6. Earned My Own Money


Bila dah kerja dan dapat duit sendiri barulah nazz faham perasaan sebenar tentang 'kepuasan'.. Tak sia2 berkerja keras jika hasilnya mampu dikongsi dgn insan tersaya
ng.. Ingat lagi saat nazz bagi mak and abah duit.. Nazz ingat sure dorang akan ceria kegembiraan, tapi tangisan yang nazz nampak bila mak cakap 'dah besar anak mak boleh cari duit sendri'.. oh saat itu sangat sebak.. Itulah perbezaan bila anak dapat duit dr ibu bapa kita akan happy sbb ada duit, tapi bila ibu bapa dapat duit dr anak2 mereka akan sebak dlm kegembiraan.. Nazz pernah terbaca satu article.. Bila kita ada duit kita kena share and sedekah, insya'allah kalau kita buat mcm tu duit kita tak pernah habis.. Alhamdulillah that's the miracle of sedekah.. Tak perlu banyak janji ikhlas, biarlah nilai itu diantara kita dan yang maha esa. Selain daripada tu, nazz happy sbb nazz dapat beli apa yang nazz impikan dengan hasil duit titik peluh sendri.. Syukur..

7. Grad as ANC student

Saat paling indah dalam hidup bila berjaya menggengam segulung ijazah dgn Kelas Pertama dan menjadi salah seorang daripada pelajar yang mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC).. Thanks Allah.. 3 tahun dulu Nazz berada dalam dilema bila terpaksa membuat keputusan utk menukar course dari Business ke Masscomm, dan Alhamdulillah Allah bimbing
hati Nazz untuk membuat keputusan yang tepat.. Walaupun pernah disuatu saat hati sedih sangat melihat kawan2 diploma bussiness yang sudah grad setahun awal dari nazz, disebalik perasaan sebak tu Allah bg nazz satu senyuman yang nazz takkan lupa sepanjang hayat nazz.. =') So, tulah serba sedikit kenangan azam Nazz pada tahun 2011.. Syukur Ya Allah.. Apa yang nazz boleh katakan, kadang2 kita tak perlu merancang secara details kerana bila niat kita dah sematkan rapi didalam hati insya'allah semuanya akan menjadi kenyataan.. Teruskan berdoa, usaha dan ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan..

Untuk tahun 2012, nazz mengharapkan sesuatu yang baik utk kita semua agar sentiasa berada dalam keredhaannya..

Ameen..

Pst: Big Thank You to my parents yang tak putus2 doa yang terbaik utk nazz, my beloved friends dari sekolah, collegue, uni, and bloggers yang always support nazz, my enemy/haters/backstabber who always make me strong.. Nazz sayang and happy dapat kenal korang.. Teruskan bersama dgn nazz disaat suka, duka, susah mahupun senang okay! *hugssss*

SELAMAT TAHUN BARU EVERYONE!!!!




Xx ~ NN!

Saturday, November 12, 2011

...My G-Day!...

Hello Weekend, Hello Bloggers!!

Today, nazz nak share moment masa G-Day!
Few weeks ago, to be exact on :
** 25th October 2011 (Tuesday) **
** 2pm **
** DATC, UiTM Shah Alam **

Yes! G-DAY! Which is GRADUATION DAY!

Bukan E-Day mahupun R-Day..

Nak tunggu E-Day lambat lagi so update la pasal G-Day dulu!
Hee!

After 3 years merentasi lautan ilmu,
finally I'm officially graduated!!!

Syukur ke hadrat ilahi..Kali ni perasaan sedikit berbeza dengan masa diploma dulu,
susah untuk digambarkan dengan kata2..
Menitis jugak la air mata kegembiraan..

Alhamdulillah, Yaaaayy!!

Lets captured the moment!



Selimpang Keramat.. Heee ;)































I'm happy to the max!

Feel blessed and loved!

CONGRATULATIONS TO ALL MASSCOMMERS!

***

Ya Allah,
Aku bersyukur atas segala rezeki yang engkau berikan padaku.
Tiada apa yang dapat aku ucapkan
bila melihat ibu dan ayah tersenyum bangga pada ku
Tiada apa yang dapat aku katakan
bila kejayaan kau janjikan selepas segala penat dan lelah merentasi lautan ilmumu.
Tiada apa yang dapat aku gambarkan
bila kau bimbing aku membuat keputusan yang akhirnya membuat aku sendri tersenyum.

Ya Allah,
Sungguh besar rahmatmu
bila keputusan itu dibuat dengan satu perasaaan yang yakin pada takdirmu.
Aku bersyukur Ya Allah..

Ameen Ameen Ya Rabb..

Friday, November 11, 2011

..11.11.11...

Welcome 11.11.11!!!!!

Nice date right???

So you guys buat apa today?

For those yang:
* Bercouple
* Bertunang
* Bernikah
* Melahirkan baby etc etc

Nazz nak ucapkan CONGRATULATIONS!

Hope korang semua happy always!

Blessed Friday people!!

Take care!

pst: how i wish today is my big day! but tak de rezeki.. maybe 12.12.12 who know right?
tee hee!

Monday, November 7, 2011

...Hello and Hi Everyone!...

Assalamualaikum w.b.t

Hello everyone!
How are you??

Its not too late for me, to wish all of you 'Selamat Hari Raya Aidil-Adha'!
I hope you guys (and girls) had a great raya with your family and friends!

It's almost 9 month i tinggalkan dunia blogging, last update pun masa i pergi Birmingham, UK bulan February lepas.. So yesterday!! Haha!

Anyway, apa yang boleh i katakan dalam tempoh 9 bulan ni ia merupakan satu tempoh fasa perubahan dalam hidup i, contohnya, dulu i seorang pelajar universiti tapi sekarang i dah pun menjadi seorang perkerja.. Syukur alhamdulillah..

Mula-mula tu susah jugala nak adapt dengan fasa kehidupan yang baru, but sekarang thankful dah boleh sesuaikan diri dgn aktiviti harian yang sgt berbeza..

Nanti from time to time i update about my self okay! Now i nak grooming sikit my blog layout bg nampak fresh


till later!!

Take care!




Saturday, February 19, 2011

...Say NO to DRY SKIN...

Setiap orang pasti pernah melalui masalah kulit kering kan? Same goes with me.. Membesar di Kuala Lumpur hampir 23 tahun2 dimana cuaca Malaysia boleh dikatakan sesuai utk suhu badan seorang manusia.. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk..

Berada di sebuah negara sejuk walaupun suhu sekitar 0 darjah celcius hingga 8 darjah celcius sudah mampu untuk membuat kulit menjadi kering.. Itulah yang i alami..

So, i nak share few informations about kulit kering..

Bagaimana mengetahui bahawa kulit kita kering?

* Cuba cakar menggunakan kuku pada bahagian permukaan kulit, jika terdapat garisan putih selepas cakaran tersebut itu menandakan bahawa kulit kita mengalami masaalah kekeringan.

* Kulit yang menggelupas seperti terdapat satu lapisan permukaan kulit yang nipis terkoyak dari bahagian tubuh, selalunya perkara ini terjadi dibahagian bibir, telapak tangan dan telapak kaki.

* Kulit merekah. Ini selalunya terjadi di bahagian bibir dan kulit kaki. Ia akan kelihatan seperti kulit yang terluka dengan garisan2 halus yang agak kelihatan buruk terutamanya dibahagian kaki.

Faktor2 kulit mengalami kekeringan:-

* Tanpa kita menyedari bahawa dengan bertambahnya usia, kulit kita juga turut mengalami perubahan dan kehilangan kelembapan serta keanjalan.

* Kulit normal kehilangan di antara 80 hingga 100 gram air setiap hari dan sebab itu kulit memerlukan produk yang melembap dan berkesan bagi sepanjang hari.

* Faktor kekeringan kulit ini juga terjadi berpunca dari kekurangan pengambilan makanan seperti sayur dan buah2an, juga kekurangan pengambilan air yang cukup.

* Tidur dan rehat yang tidak culup juga membuatkan kulit kehilangan keanjalan dan menjadikan kulit mudah kelihatan letih dan tidak bermaya.

* Tanpa kita sedari air yang kita gunakan yang mengandungi klorin juga adalah diantara faktor yang menyumbang kepada masaalah kulit kering

* Pengambilan ubat-ubatan juga ada kalanya menjadi sebab mengapa kulit kita kelihatan kering.

* Tidak menggunakan PRODUK yang berkesan yang dapat memberikan kita perlindungan kelembapan kulit yang berpanjangan..

So, i nak share satu petua yang dapat di YouTube .. I dah applied petua ni dah hampir seminggu..

and......................................

Its Working!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Say goodbye to DRY SKIN!!!!!

***

Here you go ;)


Sugar Honey Olive Oil Scrub..



Simple ingredient: Sugar, Honey and Olive Oil..


Mixed together..


Sapu pada muka, dan biarkan semalaman atau lebih kurang sejam..

I biarkan selama 2 Jam then basuh dgn air sejuk,
kalau nak simpan semalaman takut benda lain pula yang jadi..
Heeee ;)

...dan...

INILAH HASILANYA..

Taddaaa...


(Muka bangun pagi secara exclusivenya)

So blogger you can try this after you give up dgn product2 moisturizer..

Go natural! All the best ;)

Wednesday, February 16, 2011

...Hello Birmingham...



Hi everyone..
Hari nie dah masuk 12 hari berada kat Bimingham United Kingdom..
So far, dah mula dpt adapt dgn cuaca yang sejuk..

Yes! I miss home, family and food already..
Makanan di Malaysia sumpah tiada tandingannya..
Heeee..

Pertama kali menjejakan kaki dibumi England nie rasa bertuah atas kurnian, perluang dan rezeki yang diberi.. Tapi perjalanan kebumi England diuji dengan penuh kesabaran.. Bertolak dr Malaysia 3 February 2011, 1145pm menaiki KLM Royal Dutch Airlines transit ke Amsterdam.. Perjalanan mengambil masa selama 13jam from Malaysia-Amsterdam.. So selamat sampai Amsterdam 1230pm (Malaysia) 530am (Amsterdam) Supposedly next flight to Birmingham 10.30am (Amsterdam) 6.30pm (Malaysia) tapi disebabkan cuaca buruk flight delayed pukul 9.30pm (Amsterdam) 5.30am (Malaysia) Bayangkan bertapa besarnya dugaan 11 jam flight delayed. Suka atau tidak, i terpaksa melalui 4hb February terpanjang seumur hidup, sehingga sampai satu tahap dah tak dapat nak bezakan waktu, cuaca dan keadaan.. Seumur hidup jugak takpernah menghadapi jetlagged seteruk nie..Tempoh waktu malam yang sgt lama apabila waktu di Amsterdam and Birmingham berpatah balik kebelakang..

Dengan cuaca sejuk, makanan mahal sgt2 + byk tak halal ;( bateri hp low, nak charge plugged dia pula berbeza, wireless connection pula mcm haram, line hp tak active.. Hanya tuhan jer yang tahu.. Tapi berkat kesabaran dan doa, akhirnya dpt juga online seketika.. Masa tu nak bg tahu Mr.John Kirk flight delayed sbb takut dia tunggu lama dkt airport, thank god dapat contact Miss Melina.. Thank u soo much! Then dpt contact Naim and Farah utk topupkan HP.. Balik nanti i bayar balik + belanja minum ok ;)




Gara2 delayed 11 jam, KLM bg voucher makan, free call credit and 50euro discount utk next ticket..



Tulips is everywhere ;) Chantek kan??

Sampai di Birmingham 12.30am (Amsterdam) 8.30am (Malaysia) kepala mmg ting tong jangan cakap laa.. Rasa boleh collapse anytime.. Tgh2 malam buta pergi accomodation office, ambil kunci rumah.. Angin mmg sejuk to the maxx.. At one time rasa mcm tak mampu nak berdiri dlm kesejukkan yang mcm tu.. Sampai bilik mandi air panas and kemas2.. Ambil masa selama hampir 3 hari utk betulkan waktu tidur dr jet lagged..

So far dekat sini selesa sgt2, dpt internet connection, dapur and bilik pendek kata lengkap segala-galanya.. The next day baru la mampu keluar melihat keadaaan sekeliling, membeli brg2 makanan, mengenal budaya dan cara hidup dan perlbagai lagi laa..

Hmm, harap2 hari2 yang dilalui akan dtg akan lebih bermakna dan ceria...







***

Thursday, February 3, 2011

...Goobye Malaysia...

Baru 6 hari lepas i post new entry bertajuk 'Goodbye Essence Communications'.. But today i need to say GoodBye Malaysia.. I'm leaving Malaysia for 3 months, doing my internship at New Technology Institute, Birmingham UK..

Selama membuka mata dimuka bumi hampir 24tahun, inilah pertama kali nak berpisah dari keluarga, kawan-kawan dan meninggalkan bumi Malaysia seorang diri.. Duduk di sekolah berasrama mahupun hostel pun tak pernah, naik bus express pun kurang dari 5kali bayangkanlah perasaan nak berjauhan dr family..

Alhamdulillah, segala persiapan berjalan lancar.. Thanks pada keluarga, teman2 dan insan tersayang kerana banyak membantu memberi sokongan..

Doakan agar semuanya berjalan lancar.. Insha'allah..
Ammeenn..





All my bags are packed, I'm ready to go
I'm standin' here outside your door
I hate to wake you up to say goodbye

But the dawn is breakin', it's early morn
The taxi's waitin', he's blowin' his horn
Already I'm so lonesome I could die

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

'Cause I'm leaving on a jet plane
Oh, babe, I hate to go

I'm ...

There's so many times I've let you down
So many times I've played around
I'll tell you now, they don't mean a thing

Every place I go, I think of you
Every song I sing, I sing for you
When I come back I'll wear your wedding ring
(Wedding ring?? Not for me yet)

So kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

Now the time has come to leave you
One more time, oh, let me kiss you
And close your eyes and I'll be on my way

Dream about the days to come
When I won't have to leave alone
About the times that I won't have to say ...

Oh, kiss me and smile for me
Tell me that you'll wait for me
Hold me like you'll never let me go

***



 
Header Image by Colorpiano Illustration