Thursday, May 15, 2014

Rindukan Dunia Blogging


harini, entah datang wahyu dari mana tiba-tiba tergerak hati untuk membuka laman blog yang dah lama tidak di update. boleh kata sudah hampir setahun lamanya. #kejupjedahmay2014

bukan tiada cerita, bukan tiada masa..
tapi i tak tahu nak mula dari mana bila terlalu banyak perkara yang terjadi dalam satu masa.
kadang-kadang apa yang kita lalui tidak mudah untuk diluahkan melalui kata-kata. 
jadi, berdiam itu mungkin lebih mudah, lebih ruang dan lebih tenang.
apa yang pasti, diri ini masih rindukan saat menjadi seorang blogger. saat berkongsi apa sahaja di laman blog ini.

perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memadam entri-entri dan gambar-gambar lama. #easysaidthatdone hmmm bukan tak sudi utk berkongsi kisah lama tapi memandangkan "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" so lebih baik simpan kenangan lalu jauh dalam sudut hati kerana apa yang pasti hari yang i lalui kini jauh lebih baik dari dulu.

alhamdulillah.

terima kasih ya Allah atas kehidupan ini.

aku bersyukur.

#BilaNNBerbicara

Love, 
NN



No comments: