setiap wanita, gadis mahupun perempuan tidak lengkap tanpa aksesori di badan. tapi tahu kan kita bahawa penjagaan aksesori tersebut amatlah penting bagi menjaga kualiti aksesori tersebut. secara jujurnya, i lebih meminati aksesori perak dan permata berbanding mutiara ataupun emas, mungkin bukan masanya lagi kot.. =) oleh itu i nak share dengan korang a few tips penjagaan aksesori.. check it out!
Aksesori Perak
- Bersihkan aksesori perak setiap kali selesai memakainya. Ini kerana perak mudah bertindak balas dengan peluh dan wangian sehingga menyebabkan warnanya berubah. Gunakan kain yang khusus untuk membersihkan barangan perak.
- Jangan sesekali membersihkan perak dengan ubat gigi dan berus gigi. Walaupun nampak bersih bersinar, tetapi ia sebenarnya merosakkan secara perlahan-lahan.
- Simpan aksesori perak dalam beg plastik yang berasingan untuk mengelakkan ia bergores dengan aksesori yang lain.
- Cara penjagaan ini juga sesuai untuk aksesori yang diperbuat daripada emas.
Aksesori Batu Permata
- Bersihkan batu permata secara rutin dan simpan di tempat yang bersih jika tidak dipakai.
- Jangan biar terkena cecair pencuci, ia mudah rosak atau pudar warnanya.
- Rendamkan batu permata di dalam air panas yang bercampur dengan cecair sabun untuk mengembalikan sinarannya. Jika perlu, bersihkan permukaannya dan letakkan di bawah air mengalir supaya kotoran mudah keluar.
- Simpan aksesori batu permata di dalam kotak yang mempunyai banyak ruang agar ia tidak bergesel antara satu sama lain.
Aksesori Mutiara
- Mutiara bersifat sangat rapuh. Oleh itu, anda harus membersihkan aksesori mutiara sebaik selepas menggunakannya.
- Kosmetik, produk berasaskan bahan kimia, dan juga minyak wangi adalah musuh utama mutiara. Oleh itu pastikan anda memakai aksesori ini selepas anda siap bersolek dan berdandan.
- Elakkan daripada menggunakan air panas untuk membersihkannya. Ini kerana air panas akan mempengaruhi kekuatannya.
- Simpan rantai atau gelang mutiara dalam keadaan kering di satu tempat yang terasing daripada aksesori yang lain.
- Jangan simpan mutiara dalam beg plastik kerana ia boleh menyebabkan ia lembap dan menjadi rapuh.
Tip Mudah
- Bersihkan aksesori setiap kali selesai memakainya. Gunakan kain berserat halus supaya aksesori tidak tergores.
- Simpan koleksi aksesori di dalam bekas khusus agar tidak kotor dan terhindar daripada habuk. Sebaiknya simpan aksesori mengikut jenis.
- Apabila aksesori terlihat kusam, celupkan ke dalam air panas yang telah dicampurkan dengan cecair sabun (jangan rendam). Kemudian gosok menggunakan fabrik yang lembut dan segera keringkan.
- Elakkan aksesori daripada terkena cahaya matahari secara langsung agar warnanya tidak pudar atau berubah.
**********
2 comments:
adoi ni lemah ni jd pompuan.. sme kne jage.. hahah..
tu laaa..
banyak benda kena jaga kan??
haih~
even cam complicated, tp seronok sgt jadi perempuan kan??
wink*
Post a Comment