Tuesday, August 18, 2009

...Bagaimana menjaga aksesori anda?...

setiap wanita, gadis mahupun perempuan tidak lengkap tanpa aksesori di badan. tapi tahu kan kita bahawa penjagaan aksesori tersebut amatlah penting bagi menjaga kualiti aksesori tersebut. secara jujurnya, i lebih meminati aksesori perak dan permata berbanding mutiara ataupun emas, mungkin bukan masanya lagi kot.. =) oleh itu i nak share dengan korang a few tips penjagaan aksesori.. check it out!

Aksesori Perak

  1. Bersihkan aksesori perak setiap kali selesai memakainya. Ini kerana perak mudah bertindak balas dengan peluh dan wangian sehingga menyebabkan warnanya berubah. Gunakan kain yang khusus untuk membersihkan barangan perak.
  2. Jangan sesekali membersihkan perak dengan ubat gigi dan berus gigi. Walaupun nampak bersih bersinar, tetapi ia sebenarnya merosakkan secara perlahan-lahan.
  3. Simpan aksesori perak dalam beg plastik yang berasingan untuk mengelakkan ia bergores dengan aksesori yang lain.
  4. Cara penjagaan ini juga sesuai untuk aksesori yang diperbuat daripada emas.


Aksesori Batu Permata

  1. Bersihkan batu permata secara rutin dan simpan di tempat yang bersih jika tidak dipakai.
  2. Jangan biar terkena cecair pencuci, ia mudah rosak atau pudar warnanya.
  3. Rendamkan batu permata di dalam air panas yang bercampur dengan cecair sabun untuk mengembalikan sinarannya. Jika perlu, bersihkan permukaannya dan letakkan di bawah air mengalir supaya kotoran mudah keluar.
  4. Simpan aksesori batu permata di dalam kotak yang mempunyai banyak ruang agar ia tidak bergesel antara satu sama lain.

Aksesori Mutiara

  1. Mutiara bersifat sangat rapuh. Oleh itu, anda harus membersihkan aksesori mutiara sebaik selepas menggunakannya.
  2. Kosmetik, produk berasaskan bahan kimia, dan juga minyak wangi adalah musuh utama mutiara. Oleh itu pastikan anda memakai aksesori ini selepas anda siap bersolek dan berdandan.
  3. Elakkan daripada menggunakan air panas untuk membersihkannya. Ini kerana air panas akan mempengaruhi kekuatannya.
  4. Simpan rantai atau gelang mutiara dalam keadaan kering di satu tempat yang terasing daripada aksesori yang lain.
  5. Jangan simpan mutiara dalam beg plastik kerana ia boleh menyebabkan ia lembap dan menjadi rapuh.



Tip Mudah

  • Bersihkan aksesori setiap kali selesai memakainya. Gunakan kain berserat halus supaya aksesori tidak tergores.
  • Simpan koleksi aksesori di dalam bekas khusus agar tidak kotor dan terhindar daripada habuk. Sebaiknya simpan aksesori mengikut jenis.
  • Apabila aksesori terlihat kusam, celupkan ke dalam air panas yang telah dicampurkan dengan cecair sabun (jangan rendam). Kemudian gosok menggunakan fabrik yang lembut dan segera keringkan.
  • Elakkan aksesori daripada terkena cahaya matahari secara langsung agar warnanya tidak pudar atau berubah.


**********


2 comments:

mIsSy NiTa said...

adoi ni lemah ni jd pompuan.. sme kne jage.. hahah..

.::Nazzyra Love::. said...

tu laaa..
banyak benda kena jaga kan??
haih~
even cam complicated, tp seronok sgt jadi perempuan kan??
wink*