Sunday, August 22, 2010

Khasiat Air Suam @ Sky Juice

Air suam a.k.a Sky Juice?? 

Apa?
Tak best?
Tak sedap?
Tak ada rasa?

Hmm…..
Begitulah persepsi segelintir masyarakat kita tentang air suam atau dipanggil air kosong, air masak ni..
Mungkin ramai yang terlepas pandang kebaikan minum air putih...

Tahukah anda semua air suam mempunyai banyak khasiat dan mampu menyembuh penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Minum air suam sebanyak lapan gelas sehari dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.


Berikut lapan sebab tentang kebaikan minum air putih/air suam/air kosong/air masak...


1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

2. Meningkatkan kesuburan

Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air suambukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

Jadi tunggu apa lagi? mulakan hari anda dengan segelas air suam=)


Love,
NN

2 comments:

armouris said...

info tentang strok di SIHAT SELALU - Awasi Tanda-tanda Strok

mizzyN said...

air masak selalu rasa macam panadol, pahit wek.