Wednesday, August 26, 2009

...Kebaikkan Buah Kurma...

Kewujudan buah kurma sangat sinonim dengan bulan ramadhan.. tapi tidak bermakna buah ini hanya boleh didapati pada bulan ramadhan sahaja.. sebaliknya buah ini boleh dinikmati pada bila-bila masa.. pada ramadhan kali ini i telah melakukan perubahan dalam juadah makanan bagi melihat kesan serta impak hasil dari menikmati buah ajaib ini..

sewaktu bersahur i hanya akan minum 2L air suam serta 3-5 biji tamar, so far alhamdulillah ia boleh membekalkan tenaga sehingga waktu berbuka + ia juga dapat mengawal nafsu lapar serta dahaga.. semasa waktu berbuka pula, cukup sekadar 2L air suam, 5 biji tamar. menu harian yang i selalu makan adalah laksa (so far dah 4 hari berturut2 makan laksa) haih~ so, i nak share beberapa information pasal buah kurma.. Antara Kelebihan Kurma adalah dari segi:


KESIHATAN

a) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

b) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

c) Membunuh Kuman Dalam Badan, Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".


KECERDASAN MINDA

a) Bagi tujuan mencapai kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b) Tenaga Segera dalam Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".


KHASIAT KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)

Komposisi Nutrisi Buah Kurma bagi setiap hidangan 100 gram
(Nutrient units value per 100 grams of edible portion )

Water : 21.32 g
Energy in kcal: 277
Energy in kj: 1160
Protein: 181 g
Total lipid (fat): 0.15 g
Ash: 1.74 g
Carbohydrate, by difference: 74.97 g
Fiber, total dietary: 6.7 g
Sugars, total: 66.47 g
Sucrose: 0.53 g
Glucose (dextrose): 33.68 g
Fructose : 31.95 g
Lactose: 0.00 g
Maltose: 0.30 g
Galactose: 0.00 g

Minerals
Calcium, Ca: 64 mg
Iron, Fe: 0.90 mg
Magnesium, Mg: 0.54 mg
Phosphorus, P: 0.62 mg
Potassium, K : 696 mg
Sodium, Na: 1 mg
Zinc, Zn: 0.44mg
Copper, Cu: 0.362 mg
Manganese, Mn: 0.296 mg

Vitamins
Vitamin C, total ascorbic acid: 10.0 mg
Thiamin: 0.050 mg
Riboflavin : 0.060 mg
Niacin: 1.610 mg
Pantothenic acid: 0.805 mg
Vitamin B-6: 02.49 mg
Folate, total: 15 mcg
Folic acid: 0 mcg
Folate, food: 15 mcg
Folate, DFE: 15 mcg-DFE
Vitamin A, IU: 149
Vitamin A, RAE: 7 mcg-RAE
Vitamin K (phylloquinone): 2.7 mcg

(USFDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release #17 Year 2004)


8 comments:

mIsSy NiTa said...

i cm ssh gile nak mkn buah kurma ni.. erm cmne eyh... huhu..

Nazira Nawawi said...

ala bolehnyaa..
sedap tau..
i makan 12-15 biji per day!!
hurm..
yg rara punya sdap tau..
faiz, siap beli sekotak lagi..

Muhammad Farid said...

betul2...kurma memang sedap...banyak khasiat nya.memang meningkatkan keupayaan otak(ingatan).kalau nazz pernah makan kurma ajwa (kurma Nabi) nazz akan rasa perbezaannya dengan kurma2 lain...ikut hadis Nabi, sesiapa yang memakan 7 biji kurma Ajwa maka ia akan terhindar dari segala macam racun...oleh tu mengikut hadis tu, Nabi juga menyarankan kita supaya memakan kurma...

kurma ajwa ni sangatlah mahal...masa saya di Madinah 2 tahun lepas, harga kurma Ajwa untuk satu kilo ni cecah 50 Riyal...Mahal...bersamaan RM 51.00 duit kita...sebab kurma jenis ni jadi rebutan dan tak hairan lah kurma ni cepat habis...

kalau nazz nak cuba sya boleh minta mak saya bagikan sedikit...

Nazira Nawawi said...

farid!!
serius ker?
mana nk dapat kurma tu?
kat mana ada jual..
nazz nk laaa..
benda baik kan so better makan..
m i right?

Nazira Nawawi said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Farid said...

naz...kurma ajwa kurma paling berkualiti,memang susah sikit nak dapat.saya diberitakan yang satu kilo RM150 pd musim ramadan ni...memang kurma paling mahal.kalau nak murah naz beli je 250gm, harga RM 20 kalau tak silap la...
kalau tak mampu, naz beli kurma safawi (kurma madinah tetapi tak sama dengan kurma Ajwa (kurma Nabi))...yg murah skit tapi rasa,khasiat sama cuma yg bezanya ia kurma Madinah.

ni no pembekal kurma ajwa di kawasan KL : 0193078292

Nazira Nawawi said...

farid!!

wah! mahalnya..
mesti ada reason nape org masih beli even mahal kan??
okey2, thanx 4 the info..
i will try to find it!!

thanx yaaa..

Muhammad Farid said...

saya akan balik kelantan malam ni (jumaat) so saya akan bawak balik sedikit kurma Ajwa utk awk...ambillah...anggaplah tolong sesama Islam...kan saya bg awak kurma Nabi...ramai jga yg mntk dr saya...apa salahnya saya bg sedikit...lgpun tak rugi apa...yg ruginya ialah ramai umat Islam tak berpeluang mencuba kebaikan kurma Nabi...

so nanti naz tlg bg alamat dan no fon utk saya poskan nanti ya...

ni emel saya faridnusrah@gmail.com

tq n happy fasting!