Saturday, August 1, 2009

...Atasi Kedukaanmu...

Kadang kala, hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi you all tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.. yup! believe me!! (^_^)

Hmmm, semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri kita dan orang lain ialah cara kita mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.. Maklumlah setiap orang punyai cara tersendiri..

So, di sini i senaraikan 10 perkara yang mesti kita lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.. Check it out!


1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa kita bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa kita mesti mengingati Tuhan agar hidup kita lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan..

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya kita dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran kita.. Hmm, malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri.. Especially lelaki.. huhu..

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun kita harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan kita. Am i right? Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya. (sharing is caring) Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali kita secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang kita alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk kita meneruskan kehidupan. *Chill*

4. Menulis diari atau blog peribadi
Yeah!! I love it! Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati kita sendiri, so tiada siapa yang tahu and boleh komen apa-apa..

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami, dan mungkin teman2 boleh memberi sedikit nasihat dan kata semangat setelah membaca blog anda..

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa. *Everybody deserve to happy*

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika kita telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kita dan si dia. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara kita dan si dia.. Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara kita dan si dia. Tapi jika kita masih tidak mampu, apa kata kita berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa yang sedang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta kita, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri kita. Adakalanya kita tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk kita muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila kita menemui pengganti si dia suatu hari nanti.

8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini kita selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga saat kita dikecewakan.. apa kata kini kita cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan kita tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini kita dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.. *Friends are Forever*

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama dan cuba tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang kita alami memberikan kebaikan kepada diri kita. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk kita mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang, kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan kita pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih dahulu.. *tapi jangan over sudah!*

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk kita mengubat kedukaan terbuka luas asalkan kita bijak mencari peluang. *Tepuk dada tanya selera!*

2 comments:

Dba Ghani said...

kedukaaan hu!sgt menyakitkan....
kerana kekecewaan terjdi.semua binasa

Nazira Nawawi said...

yeah!!
u r ryte..