Friday, June 26, 2009

.::You Should't Do::.

day by day, my holiday almost done!! haih.. so few days nie i banyak spent time dengan exercise untuk pastikan stamina i maintain before start new sem nanti.. i'm sure this sem will be so challenging and stressful..

i wanna share some tips, few things that you mesti elakkan untuk kekalkan stamina bila bersenam.. check it out=)


1) Tidak makan sebelum latihan
Untuk mendapatkan tenaga maksimum dan meningkatkan kemampuan tubuh, anda wajib makan makanan yang mengandungi 200 – 300 kalori, satu jam sebelum mula berlatih. Pilihlah jenis makanan daripada sumber karbohidrat, seperti roti berserat tinggi, muffin, pisang, dan yogurt.

2) Malas lakukan regangan
Sebelum memulakan latihan, regangan mesti dilakukan untuk membolehkan anggota lebih mudah digerakkan atau melentur. Selain itu regangan juga mengurangkan risiko kecederaan ketika bersenam.

3) Pakai kasut tidak sesuai
Pilih kasut yang sesuai dengan aktiviti senaman kerana bukan semua kasut boleh dipakai ketika bersenam. Jika anda ingin berjogging, pilihlah kasut khas untuk aktiviti ini. Begitu juga dengan senaman yang lain. Jangan sesekali mengenakan kasut yang biasa dipakai ketika membeli-belah atau bersiar-siar. Ini kerana kasut tersebut tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk melindungi tapak kaki ketika bersenam.

4) Tidak mempunyai sasaran
Jika anda tidak tahu otot yang mana menjadi sasaran ketika berlatih, ini bermakna anda hanya membuang masa bersenam, sedangkan ia tidak berhasil. Untuk memperbaikinya, fokuskan perhatian pada bahagian badan yang sedang dilatih. Rasakan beban yang diterima pada otot bahagian tersebut dan tumpukan perhatian ketika anda melakukannya.

5) Memakai bra yang kurang sesuai
Perkara ini perlu diberi perhatian kerana bersenam tanpa memakai bra yang sesuai boleh menyebabkan payudara ‘jatuh’. Oleh itu, sebelum berolahraga, pakai bra yang khusus untuk aktiviti ini. Pilih yang sesuai dengan dengan ukuran dan bentuk payudara anda. Jangan terlalu kecil atau terlalu besar. Wanita yang mempunyai ukuran payudara yang kecil hingga sederhana memerlukan bra yang bersifat menekan. Manakala yang mempunyai payudara bersaiz besar memerlukan bra yang menutup seluruh payudara dengan tali yang lebar dan bahagian sisi yang kuat.

6) Mengharapkan hasil dengan segera
Jangan mengharapkan hasil latihan dalam waktu yang singkat. Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat hasil penat lelah tersebut. Malah, perubahan akan berlaku secara bertahap.

7) Tidak buat latihan beban(weight)
Latihan kekuatan (beban) sama pentingnya dengan latihan kardio seperti jogging dan aerobik. Ini kerana latihan beban dapat membentuk otot yang padat yang dapat membakar kalori dalam jumlah besar walaupun ketika anda tidak berlatih. Dapatkan nasihat jurulatih untuk menyeimbangkan latihan kardio dan latihan beban anda.

8) Menahan nafas ketika mengangkat beban
Sangat penting menghembuskan nafas ketika sedang mengangkat beban, agar tidak timbul gangguan pada jantung. Selain itu, perbuatan menahan nafas sebegini boleh menggangggu peredaran dan menyebabkan anda mudah pengsan. Perbaiki teknik latihan dengan menarik nafas ketika menurunkan beban dan menghembuskannya ketika mengangkat beban.
9) Hanya fokus pada hasil bentuk tubuh
Percayalah, olahraga atau senaman bukan sekadar usaha untuk mendapatkan bentuk tubuh ideal. Olahraga lebih daripada 10 minit dengan intensiti sederhana juga bermanfaat memperbaiki suasana hati, meningkatkan kualiti tidur serta mengendalikan ‘stress’. Oleh itu jangan kecewa, walaupun berat badan anda tidak berkurangan seperti yang anda impikan, mungkin kandungan lemak di dalam badan juga sudah berkurangan dan daya tahan tubuh juga telah meningkat.


10) Tidak cukup minum air

Minum air kosong yang mencukupi boleh mencegah sakit kepala dan degup jantung yang tidak teratur ketika sedang bersenam. Malah, ia juga dapat mengurangkan rasa lapar setelah berolahraga. Semasa bersenam, minumlah sekurang-kurangnya segelas air untuk setiap 15 minit untuk mengelakkan dehidrasi. Jika senaman dilakukan lebih daripada satu jam, minumlah minuman isotonik untuk menggantikan cairan elektrolit yang hilang.

hope tips2 diatas akan dijadikan panduan yang berguna.. have a great day people!

wink*



No comments: