Sunday, September 13, 2009

Kuih Siput

Kuih Tradisional? hmm, ramai antara kita yang tak berapa familiar dengan kuih tradisional, same goes to me! except kuih bahulu, kuih makmur, kuih batang buruk, tempeyek and few types lagi.. hari tu i dah buat choch chips, so sekarang turn my mom buat kuih tradisional dia, nak tunjuk skill la tu! heee=p at the same time my mom ajar i macam mana nak buat kuih siput, i tak tahu la u guys tahu ke tak kuih siput nie.. kuih nie opah I yang suka makan, so my mom pun volunteer la nak buatkan kuih nie untuk mak dia, so in future i pulak nak buat kuih untuk my mom.. wink~

Fyi, kuih nie simple jer, tapi yang paling M.A.L.A.S bila nak kena buat bentuk siput! omg! dah la my mom guna 2kg tepung, rasa macam nak berniaga pun ada.. hahaha.. i tolong gorengkan kuih tu since i malas sangat nak gentel2 kuih tu jadi bentuk siput.. =)


Bancuhan tepung!

Siput Oh Siput!



Bila nak goreng, lebih sedap kalau kita letak daun kari


Done!

Love,
NN

Saturday, September 12, 2009

Chochlate Chips


Nie barang2 yang i sempat cari, dalam kedai tu pack gila orang macam ikan sardin! i ingat sume orang dah beli and prepare awal2 but what to sume guna last minute method! haih~


My homemade choch chips cookies! selalu menjadi recipe wajib yang menduduki tempat pertama! i bancuh adunan around 5.30pm then frozen kan doh tu (atleast 1hour), actually kalau buat cookies lagi lama kita frozen lagi sedap! (paling lama my aunty frozen setahun! sampi dua kali raya! tapi serious sedap giler!)


Okey, bila dah ready nak bakar, (make sure panaskan oven dalam 15minit) then kita bulat2 kan dalam kuantiti yang kecil.. kalau malas boleh jugak buat bentuk ala2 famous amos tu!


Lepas tu.. ambil garpu tekan'n pada doh tadi!


and served!

till later!

p/s: tgh cabut undi untuk next cookies! wink~

Monday, September 7, 2009

Personaliti dan Cinta

Dalam hidup ini sememangnya bukan mudah untuk mencari cinta yang sejati. Namun jangan gusar kerana cinta itu sentiasa ada dan terpulang kepada diri anda untuk mencari dan akhirnya, memiliki cinta sebenar.

Bagaimanapun dalam meraih cinta sejati, ramai di antara kita yang bingung. Maklumlah bercinta sudah bertahun-tahun lamanya dan dirasakan dialah insan yang paling sesuai, tetapi akhirnya putus jua di pertengahan jalan.

Situasi ini membuatkan sesetengah individu merasa serik untuk bercinta. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah tersebut, janganlah terlalu bimbang. Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh dijadikan asas untuk memilih pasangan berdasarkan karektor sebenar diri anda.

Apa yang anda perlu lakukan, kaji personaliti diri dan pilihlah kekasih yang bersesuaian mengikut panduan yang diberikan. Moga-moga pilihan anda kali ini bertepatan dan percintaan anda berakhir di pelamin indah. Jika masih tidak kesampaian, cuba sekali lagi sehingga anda berjaya.

1. Karektor pendiam dan pemalu
 Selalunya mereka yang mempunyai karektor sebegini agak sukar untuk mencari pasangan hidup. Maklumlah kebanyakan orang sekarang lebih sukakan teman yang bijak bersosial dan senang untuk berbicara di dalam apa jua situasi.

Jika kamu mempunyai karektor sebegini, pasangan yang dipilih haruslah seorang yang ceria dan gemar bergurau. Sikapnya yang ceria dan mudah tersenyum pasti akan memberikan warna kepada kehidupan anda yang sebelum ini agak beku dan kaku.

Si dia juga perlulah seorang yang bijak merancang pelbagai aktiviti menarik untuk diisi bersama anda, contohnya keluar membeli-belah atau pergi menonton wayang. Maklumlah, jika dia mengharapkan anda, sudah pasti lokasi pilihan anda hanyalah perpustakaan kerana tidak perlu bercakap banyak di kawasan tersebut.

Walaupun si dia bijak mengambil hati anda, namun anda juga sesekali perlu keluar daripada kepompong sikap anda yang terlalu pendiam atau pemalu itu. Apa kata sesekali anda berikan hadiah sebagai kejutan kepadanya. Pasti si dia teruja dan kagum dengan komitmen yang anda berikan.

Untuk mencari kekasih, anda perlu elakkan individu yang mempunyai karektor seperti anda. Jika anda terjatuh cinta dengan insan yang juga pendiam dan pemalu, sudah pasti perhubungan yang terjalin suram dan akhirnya tidak mampu bertahan lama.

Ingat, di dalam sesebuah perhubungan, apa yang penting adalah sikap sentiasa ceria dan menggembirakan hati pasangan anda.

2. Peramah atau periang

Bagi mereka yang mempunyai sikap peramah dan periang, kekasih yang menjadi pilihan seharusnya mereka yang mempunyai karektor yang sama dengan anda. Barulah hidup anda serasi dan perhubungan yang terjalin mampu bertahan lama.

Persamaan yang ada pada diri anda dan si dia juga pasti akan dicemburui oleh rakan-rakan anda yang lain. Tetapi jangan risau, mereka sebenarnya hanya cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara kalian, tidak lebih daripada itu.

Jika anda memilih pasangan yang pendiam, pasti anda akan merasa bosan. Maklumlah apabila anda membuat lawak, hanya anda seorang yang ketawa. Sebaliknya si dia hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan lawak yang anda lakukan.

Selain itu elakkan juga diri anda dengan individu yang terlalu pemalu, sensitif ataupun romantik. Jiwa anda sebenarnya agak kasar dan tidak suka terlalu memikirkan perkara-perkara yang kecil. Lebih teruk, anda juga tidak tahu untuk memujuk sekiranya pasangan anda merajuk untuk perkara yang anda rasakan tidak wajar untuk diperbesarkan.

3. Lincah dan aktif

Kehidupan anda yang terlalu banyak komitmen termasuklah terhadap kerjaya, keluarga dan teman-teman membuatkan anda sukar untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi.

Untuk anda yang mempunyai karektor sebegini, anda perlu mencari kekasih yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan dengan apa sahaja yang anda lakukan. Lebih seronok jika si dia boleh berkongsi minat dengan anda serta mampu menjadi sebahagian daripada rakan-rakan baik anda.

Maklumlah pada zaman sekarang bukan mudah untuk mencari wanita yang suka dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau mengembara ke lokasi-lokasi yang jauh terpencil. Jika anda bertemu dengan insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dialah paling tepat untuk menjadi pasangan hidup anda.

Individu yang perlu anda elakkan ialah mereka yang terlalu sensitif atau mudah merajuk. Sebabnya anda bukan seorang yang romantik dan tugas memujuk adalah sesuatu yang amat sukar untuk anda lakukan.

4. Sensitif

Mereka yang terlalu sensitif sebenarnya agak sukar untuk mencari pasangan yang serasi. Mereka terlalu mudah terasa dan jiwa yang dimiliki terlalu lembut. Oleh itu, insan yang mahu berdampingan dengan mereka perlr=u sentiasa menjaga perlakuan serta tutur kata agar si dia tidak terluka.

Orang yang paling sesuai dengan anda tentulah seorang romantis, pandai memujuk dan membelai, manja serta berjiwa lembut. Insan yang berjiwa lembut juga kebiasaannya sangat bijak mengambil hati dan amat serasi dengan diri anda yang sensitif.

Jangan sekali-kali mencari mereka yang lincah ataupun aktif kerana anda tidak akan terkejar dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Akhirnya anda akan merasa diabaikan, membawa diri dan seterusnya perhubungan yang terjalin musnah begitu sahaja.

5. Berkeyakinan

Sikap yakin yang ada pada diri anda memang bagus. Namun jika anda terlalu yakin dengan apa sahaja yang anda lakukan hingga ada teman yang melabelkan anda sebagai angkuh, sudah pasti anda sukar untuk mencari pasangan yang serasi.

Untuk mereka yang berkeyakinan, pasangan yang paling cocok dengan anda ialah individu yang berpendidikan tinggi serta bijak berkata-kata. Sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertukar-tukar fikiran kerana 'standard' yang dimiliki oleh pasangan anda seiring dengan keyakinan yang anda miliki.

Namun harus diingat, sikap yakin perlu diimbangi dengan rasa sabar dan bertimbang rasa supaya mereka yang mendampingi anda berasa selesa apabila keluar bersama. Apabila keselesaan itu wujud, anda bolehlah menyemai keserasian untuk hidup bersama.

*******

Wednesday, September 2, 2009

Wanita Terhebat Dunia

Kita sinonim dengan kenyataan yang mengatakan bahawa lelaki lebih berkuasa berbanding wanita. Tapi itu dulu, tidak lagi sekarang.. Kenyataan ini dapat dijelas kan didalam topic The Women Movement PRO 521. Apakah parameter yang menentukan kehebatan seseorang wanita? Adakah ia ditentukan daripada kedudukan kewangan mereka ataupun faktor-faktor lain? Bagi majalah perniagaan terkenal, Forbes, mereka mempunyai cara perkiraan tersendiri dalam mencari senarai 100 wanita paling berkuasa di dunia.

Kriteria yang menilai 'kuasa' seseorang wanita itu adalah kedudukan mereka sebagai sebahagian daripada profil awam serta populariti yang dikaut hasil daripada hebahan di media termasuklah kedudukan kewangan serta pencapaian mereka dalam sesebuah negara juga menjadi penyumbang untuk dimasukan dalam senarai tersebut.

Selain itu, jawatan yang dipegang kini juga faktor menjadi penentu sejauh mana mereka layak digelar wanita terhebat di dunia.

Pemilihan yang dibuat tahun ini tidak begitu mengambil kira kedudukan kewangan wanita sebaliknya mereka yang berjaya dalam bidang kerjaya seperti ketua eksekutif, pemimpin masyarakat, pegawai terpilih dan pegawai atasan yang membuktikan mereka mempunyai pengaruh terhadap pengikut bawahan mereka.

Setakat ini mengikut senarai Forbes, takhta wanita paling berpengaruh di dunia adalah :
1) Angela Merkel -Merkel merupakan wanita yang menduduki kedudukan teratas tersebut selama tiga tahun berturut-turut selepas beliau menang pada pilihan raya demokrasi di negara itu.

Berbeza bagi Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator Hillary Clinton walaupun menduduki tempat ke 28 wanita paling berkuasa, tetapi beliau merupakan wanita paling tinggi mendapat tumpuan awam ekoran kejayaan menduduki kabinet Presiden Barack Obama dan sebelum ini bertanding untuk mendapatkan kerusi presiden.

2) Sheila C. Bair yang merupakan ketua Federal Deposit Insurance Corp. di Amerika Syarikat.

3) Indra Krishnamurthy Nooyi dari PepsiCo pula mengisi tempat ketiga apabila beliau menjadi wanita yang bertanggungjawab memperluaskan perniagaan makanan dan minuman di peringkat antarabangsa.

4) Angela Braly pemilik syarikat kesihatan terbesar, Wellpoint. Brady bagaimanapun berhadapan dengan sedikit konflik apabila penilaian beliau tentang kedudukan kewangan syarikatnya telah mengakibatkan stok tidak stabil dan membangkitkan kemarahan pekerja.

5) Cynthia Carroll empunya empayar perlombongan terbesar Angglo-American.

6) Irene Rosenfeld pemilik Kraft Foods di tempat keenam. Beliau juga adalah individu yang bertanggung jawab menjadikan biskut Oreo terkenal di China.

7) Condoleezza Rice masih tersenarai di tempat ketujuh walaupun masih ada beberapa bulan terakhir dalam perkhidmatannya dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik.

8) Ho Ching iaitu merupakan Perdana Menteri Singapura. Beliau diiktiraf kerana menjadikan Temasek Holdings unggul bukan sahaja di Singapura malah di Asia. Ho Ching kini juga memiliki saham sebanyak 15 peratus di Merrill Lynch


p/s: Nazira Nawawi?? Insya'Allah


*******


Friday, August 28, 2009

Sahabat, Kawan, Teman, Kenalan


Sahabat, kawan, teman mahupun kenalan.. ia adalah satu definasi yang sama. terlalu buntu untuk kita ungkapkan satu persatu kerana masing2 mempunyai definisi tersendiri.. hmmm, begitu juga aku!!! pernah tak kita terfikir yang selalunya setiap pertemuan yang pertama sudah boleh menampakkan keserasian? berkongsi segala kedukaan, tawa riang, dan segalanya seakan bahagia..

hari berganti hari, masing2 sudah mula berubah.. keegoan, perasaan pentingkan diri sendri, buruk sangka sudah mula menguasai diri.. dimanakah silapnya?? hidup dalam suatu kumpulan, bukan bererti kita berpuak, tapi kita saling memerlukan antara satu sama lain. tidak hanya berkongsi suka duka, tapi kita juga perlu berkongsi nasihat, kritikan yang membina dan sebagainya..

sebagai insan biasa, kadang kala kita lupa yang sahabat, kawan, teman mahupun kenalan adalah insan yang terbaik untuk memberi nasihat serta teguran walaupun kadang kala ada yang bersihap PHD.. itulah lumrah persahabatan.. dalam mengenali seseorang yang jujur pasti kita juga diberi peluang mengenali insan yang seakan plastik untuk menjadi sahabat, kawan, teman, mahupun kenalan yang kononnya adalah terbaik!! arggg!!! aku benci perasaan itu!!! walaupun ada yang nampak seperti kawan yang baik la konon, tapi masih ada sikap iri hati, hasad dengki, dan sebagainya.. ibarat gunting dalam lipatan!

tiada manusia yang dilahirkan sempurna, itulah janji yang termaktub sejak dari azali.. hidup dalam komuniti berkumpulan yang besar banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa di hadapi.. kerana dalam kumpulan tu terlalu banyak sangat pandangan, perangai, mood dan pelbagai lagi.. samalah seperti sebuah perkahwinan, dimana ia ibarat percantuman 1001 perbezaan.. hurmm, kadang kala aku buntu, kerana persahabatan yang sepatutnya semakin indah kenapa kini makin tersisih?? segalanya menjadi tanda tanya! nak di tegur takut ia menyakitkan tapi... kalau diam seribu bahasa seolah-olah macam diri sendiri yang memendam rasa.. so any idea?

secara jujur bagi aku, sahabat, kawan, teman, mahupun kenalan, adalah sesuatu yang amat bermakna dan perlu dihargai, walaupun aku meletakkan setiap individu itu didalam kategori yang berbeza, bukan diskriminasi tapi itulah aku.. realitinya, tak semua individu dapat menjadi seorang sahabat, kawan, teman, mahupun kenalan..
Namun aku bersyukur, alhamdulillah tuhan berikan aku insan yang ada didalam setiap kategori kamus persahabatan hidup ku.. (^_^)

no matter what, friendship is last forever!!



**************


Wednesday, August 26, 2009

...Kebaikkan Buah Kurma...

Kewujudan buah kurma sangat sinonim dengan bulan ramadhan.. tapi tidak bermakna buah ini hanya boleh didapati pada bulan ramadhan sahaja.. sebaliknya buah ini boleh dinikmati pada bila-bila masa.. pada ramadhan kali ini i telah melakukan perubahan dalam juadah makanan bagi melihat kesan serta impak hasil dari menikmati buah ajaib ini..

sewaktu bersahur i hanya akan minum 2L air suam serta 3-5 biji tamar, so far alhamdulillah ia boleh membekalkan tenaga sehingga waktu berbuka + ia juga dapat mengawal nafsu lapar serta dahaga.. semasa waktu berbuka pula, cukup sekadar 2L air suam, 5 biji tamar. menu harian yang i selalu makan adalah laksa (so far dah 4 hari berturut2 makan laksa) haih~ so, i nak share beberapa information pasal buah kurma.. Antara Kelebihan Kurma adalah dari segi:


KESIHATAN

a) Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis. Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

b) Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

c) Membunuh Kuman Dalam Badan, Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".


KECERDASAN MINDA

a) Bagi tujuan mencapai kecerdasan minda dan membantu proses tumbesaran, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b) Tenaga Segera dalam Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:"Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".


KHASIAT KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.(Hadis riwayat Ahmad)

Komposisi Nutrisi Buah Kurma bagi setiap hidangan 100 gram
(Nutrient units value per 100 grams of edible portion )

Water : 21.32 g
Energy in kcal: 277
Energy in kj: 1160
Protein: 181 g
Total lipid (fat): 0.15 g
Ash: 1.74 g
Carbohydrate, by difference: 74.97 g
Fiber, total dietary: 6.7 g
Sugars, total: 66.47 g
Sucrose: 0.53 g
Glucose (dextrose): 33.68 g
Fructose : 31.95 g
Lactose: 0.00 g
Maltose: 0.30 g
Galactose: 0.00 g

Minerals
Calcium, Ca: 64 mg
Iron, Fe: 0.90 mg
Magnesium, Mg: 0.54 mg
Phosphorus, P: 0.62 mg
Potassium, K : 696 mg
Sodium, Na: 1 mg
Zinc, Zn: 0.44mg
Copper, Cu: 0.362 mg
Manganese, Mn: 0.296 mg

Vitamins
Vitamin C, total ascorbic acid: 10.0 mg
Thiamin: 0.050 mg
Riboflavin : 0.060 mg
Niacin: 1.610 mg
Pantothenic acid: 0.805 mg
Vitamin B-6: 02.49 mg
Folate, total: 15 mcg
Folic acid: 0 mcg
Folate, food: 15 mcg
Folate, DFE: 15 mcg-DFE
Vitamin A, IU: 149
Vitamin A, RAE: 7 mcg-RAE
Vitamin K (phylloquinone): 2.7 mcg

(USFDA National Nutrient Database for Standard Reference, Release #17 Year 2004)


Sunday, August 23, 2009

...Diet untuk kesihatan kulit...

Selain daripada menggunakan produk perawatan kulit, faktor pemakanan juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan kulit sentiasa sihat dan segar. Kulit wajah adalah cermin kepada pengambilan nutrisi anda. Pilihan makanan yang tepat boleh membuatkan anda kelihatan lebih cantik dan menarik.

* Diet agar kulit halus
Makanlah buah-buahan dan sayuran yang berwarna oren, merah atau hijau tua, seperti labu, lobak merah, sawi, tomato dan bayam setiap hari. Produk makanan yang berwarna ini diketahui mengandungi zat beta karotena, sejenis antioksidan yang dapat menghalang aktiviti sel radikal bebas yang merupakan penyebab kulit berkedut. Selain itu, beta karotena juga boleh merangsang DNA yang bertugas menghasilkan sel-sel kulit baru dan ini akan membuat kulit kelihatan lebih halus dan segar.

* Diet untuk memelihara keanjalan dan mencerahkan kulit

Pelbagai jenis oren, strawberi, lada benggala, serta brokoli adalah jenis buah-buahan dan sayuran yang memiliki kandungan vitamin C sangat tinggi. Di dalam tubuh, vitamin C mampu mengaktifkan ‘fibroblast’, sel pembuat kolagen. Semakin bagus kualiti kolagen di dalam tubuh badan, kulit juga akan menjadi semakin cerah dan anjal. Jumlah buah-buahan dan sayuran yang mengandungi vitamin C boleh diambil sebanyak yang anda inginkan setiap hari.

* Diet mencegah kerosakan kulit
Pakar pemakanan menyarankan supaya mengambil coklat, biji bunga matahari, serta teh hijau untuk kulit yang sihat. Biji bunga matahari mengandungi vitamin E yang bukan sahaja boleh mengatasi reaksi radikal bebas, tetapi ia juga berfungsi melindungi kulit dari molekul-molekul perosak luaran yang berasal dari pencemaran udara.

Coklat dan teh hijau mengandung poliphenol yang mampu melancarkan aliran darah di kulit. Menurut pakar pemakanan, 1.5 auns coklat mengandungi 800 mg antioksidan. Jumlah ini hampir menyamai kadar antioksidan yang terdapat dalam secawan teh hitam. Namun jumlah ideal pengambilan antioksidan pada setiap hari agar kulit sihat adalah 10 gram sahaja. Jika anda ingin mengambil teh hijau, disarankan supaya hanya mengambilnya secawan setiap hari. Makan kuaci biji bunga matahari sebagai makanan ringan.

*********