Showing posts with label ~Love~. Show all posts
Showing posts with label ~Love~. Show all posts

Monday, October 12, 2009

Oh Lelaki Idaman!

-->1) Jenis bangun pagi/awal
(paling lambat pun pukul 10 am then kejut i=))
2) Never miss his breakfast every morning.
(I always find it sangat comel, lelaki yang pentingkan breakfast ~ auuwwww) 3) Tidak merokok pagi petang siang malam mahupun ketika stress. 4) Suka minum jus buah-buahan atau pun mineral water.
Bukan Coke, Sprite, mahupun rude Beer. heh 5) Never miss his solat so that dia boleh bimbing i =)
(24434)
6) Shampoo rambut tiap-tiap hari.
(Walaupun saya pendek, tak dapat nak bau apabila bercakap dengan dia..)
7) Pembersih. 8) Pakai shower gel instead of sabun buku, gosok gigi at least 2 kali sehari-especially before tidur, pakai listerine, pakai cleanser everyday.. 9) Gentleman tapi bukan over the top okey! 10) Pandai main guitar or piano.
(pastu ajar saya main ye? heh) =P 11) Pak lawak.
Suka buat i gelak and tersenyum! 12) Tapi haruslah seorang yang serious jugak. especially when its comes to work! 13) Matang tu harus!
benci la lelaki budak2 nie, sengal jer=p 14) Haruslah pandai jawab soalan saya,
bila saya tanya kasut mana lagi cantik, baju, subang or anything!
(jawab dengan penjelasan sekali, mengapa ia lebih cantik) =P 15) Mempunyai mata yang besar 16) Kuku yang sentiasa pendek dan rapi.
17) Mempunyai kening yang rapi.
(Oh..so sexy! heh) 18) Muka type2 yang macho/rough look/bad boy look.
Bukan cute. Bukan cantik. Bukan jambu. Bukan budak-baik look (specky & nerdy look) 19) Memahami bahawasanya perempuan mempunyai PMS setiap bulan + mood swing! 20) Seorang yang sangat baik + jujur dan ikhlas 21) Tidak mempunyai bulu yg kertelaluan. Biar kemas!  22) Tidak kurus kerempeng. 23) Tinggi at least sekepala dari saya.
Kalau boleh, even bila saya sudah memakai 5 inch heels pun kamu masih tinggi sekepala dari saya =P 24) Tidak berantai, bergelang mahupun beranting-anting 25) Mempunyai gigi yang cantik.
(supaya bila dia senyum, sejuk hati saya tengok gigi dia putih berseri lagi tersusun rapi) 26) Rajin mengaji + dia boleh ajar saya! 27) Suka minum susu kotak fresh milk or yogurt drink =)
(mcm my dad) 28) Tak poyo.
(i cukup pantang lelaki poyo. poyo duit ke, poyo sebab hensem ke, poyo sebab handphone dia power ke, poyo sebab dia anak somebody ke, poyo sebab kereta dia bunyik macam konon2 hebat ke, poyo hebat ke, poyo apa-apa sahaja lah..) 29) Bukan rempit. 30) Bukan juga hip hoppers, budak skin, budak emo..and whatsoever lah...
Rilex sudey.. 31) Pandai nyanyi. (dalam erti kata lain, suara sedap la) 32) Mampu mengeluarkan air mata di depan saya.
(bukan jenis yang control macho 24/7..tapi bukan la yang lembik, sikit2 nangis..haha) 33) Badan yang sasa.
Wowwiee.. saya suka tengok lelaki yang tuff tapi bukan ketul2 =D 34) Bukan typical guy yang i biasa kenal 35) Hormat perempuan 36) Bijak tapi bukan nerd. 37) Pandai berkata kata + pandai bergaul
Dengan makcik2 ke..dengan orang2 tua ke..dengan cikgu..dengan budak ke..
Tetapi bukan pandai bermain kata. Itu penipu namanya.. 38) Janggut / Misai dia bersih...bukan kusut masai
(ee..geli..huhu) =P
(kalau shave lagi bagus! nampak kemas) 39) Bau wangi all the time..
(ahh...sangat best!! i sangat suka lelaki wangi!!) =P serius 40) Tidak memakai warna pakaian yang common seperti hitam atau biru all the time.
try la pakai hijau ke, putih ke..merah ke...kan cantik.. Ini asik hitam memanjang..bosan dowh.. 41) Kuat? hahahaha..
42) Suka budak-budak 43) Suka binatang.
Kecuali cicak, lipas, ular dan tikus. 44) Romantic and schweet =) 45) Dengar semua jenis lagu.
Bukan lagu rock je memanjang. Pastu boleh nyanyi lagu Micheal Buble kat saya..haioooyh! 46) A charming, lovely, and fun person to be with! 50) Mempunyai cita2..
51) Boleh iron baju sendiri! hahaha..
(i tak suka iron baju!!)
52) Tidak ego, dia boleh admit bila dia buat salah and tahu minta maaf!
53) Boleh buat kerja kampung! tak la 24/7 berlagak bandar!
54) Low profile=)
55) Sayang saya bukan manjakan saya=)
56) Terima my family seadanya..


57) Pandai masak + jenis lelaki yang boleh masuk dapur and tolong i!
waaaa~ sweeeeeetnya=)
58) Tau apa yg i suka and tahu apa yg i tak suka..
59) Boleh give and take!
60) Understanding!
paling pantang lelaki cemburu buta & mengongkong! Rimas gle!! Sekian! Yang lain-lain tu...biarlah rahsia..hehe =P
*********
Love,
NN

Saturday, September 26, 2009

True Love Story

I wanted to share this with you..



The girl in this story is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Her fiance, Nick Godwin, 23. These pictures were taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US .

Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication. Katie had chased away cancer once, only to have it return - to clog her lungs and grab hold of her heart. Breathing was difficult now, she had to use oxygen. The pain in her back was so intense it broke through the morphine that was supposed to act as a shield. Her organs were shutting down but it would not stop her from marrying Nick, 23, who was in love with Katie since 11th grade.



In this picture, they were waiting for the nurse to come and start Katie's treatment at McLaren Regional Medical Center in Flint on the morning of January 12, 2005.



Nick Godwin who works night shift as a La peer County Sheriff's deputy took Katie to the medical center after a night's work, three days before their wedding. In the picture, Nick Godwin, left, is waiting for her and takes a moment of rest while his bride Katie Kirkpatrick, right, gets an intravenous procedure to reduce the amount of fluids her body is retaining at McLaren Regional Medical Center in Flint on January 12, 2005.



Katie holds some of her daily medication for several minutes before taking them as she waves in and out of sleep because of the morphine she takes while sitting in the living room of the family home in Metamora.



She was in a lot of pain in the days leading to her wedding taking morphine and numerous medications to help her. Niki Kirkpatrick,right, took a leave of absence from work so she can take care of her daughter, Katie who now needs constant assistance.


Katie walks past a photograph of herself when she was homecoming queen at Lapeer East High School where she also was a co-valedictorian. the photograph sits on a table in her family's home living room in Metamora.

In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss.



Katie puts on some earrings a few minutes before walking down the aisle to marry Nick Godwin, 23, who she had known since 11th grade, at Church of Christ in Hazel Park on Saturday January 15, 2005.



An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.

The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see her son marrying his high school sweetheart.



Katie Kirkpatrick, 21, and Nick Godwin, 23, a Lapeer County Sheriff's deputy whom she first met when he was in 11th grade, get married at Church of Christ in Hazel Park on Saturday January 15, 2005.




Katie Kirkpatrick Godwin, right, in her wheelchair with the oxygen tube, gets serenaded by her new husband Nick Godwin, and his best men during the wedding party on the dance floor at Boulder Point Golf Club and Banquet Center in Oxford, MI, on Saturday January 15, 2005.



At the reception, Katie had to take a few rests. She was exhausted. Her face looked as white as her gown. The pain do not let her to be standing up for long periods.



Katie died five days later after her wedding day.

She did not let sickness stop her from living, take away the hope or faith that made her believe she had a future. She had a lovely wedding and she had love and she gave love and love doesn't die. And that is how Katie beat cancer.

********************


I cried when I read their story! What a strong and determined young woman, Katie was. I am truly amazed at her strength, to get up and get dressed and to be able to get married when she was really really sick and weak!!

That is soo amazing! And what an amazing and awesome man, Nick is!! He loved her so much that he never left her side! To stay with her through her treatments, and most importantly, to marry her instead of breaking up and running away! That's just so damn amazing!

Watching a women so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think..

Happiness is reachable, no matter how long it last. We should stop making our lives complicated.

Life is short.

Break the rules.

Forgive quickly.

Love truly.

Laugh constantly.

And never stop smiling.

No matter how strange life is,

Life is not always the party we expected to be.

But as long as we are here, we should smile and be grateful.


********************


Love,
NN

Monday, September 14, 2009

Pantang Larang Bercinta

Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.

Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.

Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.

1. Jangan suka membandingkan

Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.

2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa hari penting dirinya

Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya

Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.

******

Love,
NN

Monday, September 7, 2009

Personaliti dan Cinta

Dalam hidup ini sememangnya bukan mudah untuk mencari cinta yang sejati. Namun jangan gusar kerana cinta itu sentiasa ada dan terpulang kepada diri anda untuk mencari dan akhirnya, memiliki cinta sebenar.

Bagaimanapun dalam meraih cinta sejati, ramai di antara kita yang bingung. Maklumlah bercinta sudah bertahun-tahun lamanya dan dirasakan dialah insan yang paling sesuai, tetapi akhirnya putus jua di pertengahan jalan.

Situasi ini membuatkan sesetengah individu merasa serik untuk bercinta. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah tersebut, janganlah terlalu bimbang. Ini kerana terdapat beberapa panduan yang boleh dijadikan asas untuk memilih pasangan berdasarkan karektor sebenar diri anda.

Apa yang anda perlu lakukan, kaji personaliti diri dan pilihlah kekasih yang bersesuaian mengikut panduan yang diberikan. Moga-moga pilihan anda kali ini bertepatan dan percintaan anda berakhir di pelamin indah. Jika masih tidak kesampaian, cuba sekali lagi sehingga anda berjaya.

1. Karektor pendiam dan pemalu
 Selalunya mereka yang mempunyai karektor sebegini agak sukar untuk mencari pasangan hidup. Maklumlah kebanyakan orang sekarang lebih sukakan teman yang bijak bersosial dan senang untuk berbicara di dalam apa jua situasi.

Jika kamu mempunyai karektor sebegini, pasangan yang dipilih haruslah seorang yang ceria dan gemar bergurau. Sikapnya yang ceria dan mudah tersenyum pasti akan memberikan warna kepada kehidupan anda yang sebelum ini agak beku dan kaku.

Si dia juga perlulah seorang yang bijak merancang pelbagai aktiviti menarik untuk diisi bersama anda, contohnya keluar membeli-belah atau pergi menonton wayang. Maklumlah, jika dia mengharapkan anda, sudah pasti lokasi pilihan anda hanyalah perpustakaan kerana tidak perlu bercakap banyak di kawasan tersebut.

Walaupun si dia bijak mengambil hati anda, namun anda juga sesekali perlu keluar daripada kepompong sikap anda yang terlalu pendiam atau pemalu itu. Apa kata sesekali anda berikan hadiah sebagai kejutan kepadanya. Pasti si dia teruja dan kagum dengan komitmen yang anda berikan.

Untuk mencari kekasih, anda perlu elakkan individu yang mempunyai karektor seperti anda. Jika anda terjatuh cinta dengan insan yang juga pendiam dan pemalu, sudah pasti perhubungan yang terjalin suram dan akhirnya tidak mampu bertahan lama.

Ingat, di dalam sesebuah perhubungan, apa yang penting adalah sikap sentiasa ceria dan menggembirakan hati pasangan anda.

2. Peramah atau periang

Bagi mereka yang mempunyai sikap peramah dan periang, kekasih yang menjadi pilihan seharusnya mereka yang mempunyai karektor yang sama dengan anda. Barulah hidup anda serasi dan perhubungan yang terjalin mampu bertahan lama.

Persamaan yang ada pada diri anda dan si dia juga pasti akan dicemburui oleh rakan-rakan anda yang lain. Tetapi jangan risau, mereka sebenarnya hanya cemburu melihat kemesraan yang terjalin di antara kalian, tidak lebih daripada itu.

Jika anda memilih pasangan yang pendiam, pasti anda akan merasa bosan. Maklumlah apabila anda membuat lawak, hanya anda seorang yang ketawa. Sebaliknya si dia hanya mendiamkan diri kerana tidak faham dengan lawak yang anda lakukan.

Selain itu elakkan juga diri anda dengan individu yang terlalu pemalu, sensitif ataupun romantik. Jiwa anda sebenarnya agak kasar dan tidak suka terlalu memikirkan perkara-perkara yang kecil. Lebih teruk, anda juga tidak tahu untuk memujuk sekiranya pasangan anda merajuk untuk perkara yang anda rasakan tidak wajar untuk diperbesarkan.

3. Lincah dan aktif

Kehidupan anda yang terlalu banyak komitmen termasuklah terhadap kerjaya, keluarga dan teman-teman membuatkan anda sukar untuk mendapatkan pasangan yang benar-benar serasi.

Untuk anda yang mempunyai karektor sebegini, anda perlu mencari kekasih yang sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan dengan apa sahaja yang anda lakukan. Lebih seronok jika si dia boleh berkongsi minat dengan anda serta mampu menjadi sebahagian daripada rakan-rakan baik anda.

Maklumlah pada zaman sekarang bukan mudah untuk mencari wanita yang suka dengan aktiviti lasak seperti mendaki gunung atau mengembara ke lokasi-lokasi yang jauh terpencil. Jika anda bertemu dengan insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dialah paling tepat untuk menjadi pasangan hidup anda.

Individu yang perlu anda elakkan ialah mereka yang terlalu sensitif atau mudah merajuk. Sebabnya anda bukan seorang yang romantik dan tugas memujuk adalah sesuatu yang amat sukar untuk anda lakukan.

4. Sensitif

Mereka yang terlalu sensitif sebenarnya agak sukar untuk mencari pasangan yang serasi. Mereka terlalu mudah terasa dan jiwa yang dimiliki terlalu lembut. Oleh itu, insan yang mahu berdampingan dengan mereka perlr=u sentiasa menjaga perlakuan serta tutur kata agar si dia tidak terluka.

Orang yang paling sesuai dengan anda tentulah seorang romantis, pandai memujuk dan membelai, manja serta berjiwa lembut. Insan yang berjiwa lembut juga kebiasaannya sangat bijak mengambil hati dan amat serasi dengan diri anda yang sensitif.

Jangan sekali-kali mencari mereka yang lincah ataupun aktif kerana anda tidak akan terkejar dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Akhirnya anda akan merasa diabaikan, membawa diri dan seterusnya perhubungan yang terjalin musnah begitu sahaja.

5. Berkeyakinan

Sikap yakin yang ada pada diri anda memang bagus. Namun jika anda terlalu yakin dengan apa sahaja yang anda lakukan hingga ada teman yang melabelkan anda sebagai angkuh, sudah pasti anda sukar untuk mencari pasangan yang serasi.

Untuk mereka yang berkeyakinan, pasangan yang paling cocok dengan anda ialah individu yang berpendidikan tinggi serta bijak berkata-kata. Sekurang-kurangnya anda mempunyai teman untuk bertukar-tukar fikiran kerana 'standard' yang dimiliki oleh pasangan anda seiring dengan keyakinan yang anda miliki.

Namun harus diingat, sikap yakin perlu diimbangi dengan rasa sabar dan bertimbang rasa supaya mereka yang mendampingi anda berasa selesa apabila keluar bersama. Apabila keselesaan itu wujud, anda bolehlah menyemai keserasian untuk hidup bersama.

*******

Saturday, August 1, 2009

...Atasi Kedukaanmu...

Kadang kala, hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa kecewa menerpa apabila segala yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Tetapi you all tidak perlu risau kerana rasa kecewa yang dialami semasa bercinta adalah sesuatu yang normal.. yup! believe me!! (^_^)

Hmmm, semua manusia di dalam dunia ini kebanyakannya pernah merasai kekecewaan akibat cinta. Apa yang membezakan di antara diri kita dan orang lain ialah cara kita mengatasi dan mengubat kedukaan tersebut.. Maklumlah setiap orang punyai cara tersendiri..

So, di sini i senaraikan 10 perkara yang mesti kita lakukan apabila dirundung malang atau kegagalan dalam percintaan.. Check it out!


1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa kita bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa kita mesti mengingati Tuhan agar hidup kita lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan..

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya kita dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran kita.. Hmm, malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri.. Especially lelaki.. huhu..

3. Mengadu pada teman
Rasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun kita harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan kita. Am i right? Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya. (sharing is caring) Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali kita secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang kita alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk kita meneruskan kehidupan. *Chill*

4. Menulis diari atau blog peribadi
Yeah!! I love it! Ada juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati kita sendiri, so tiada siapa yang tahu and boleh komen apa-apa..

Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami, dan mungkin teman2 boleh memberi sedikit nasihat dan kata semangat setelah membaca blog anda..

5. Beri ruang pada diri sendiri
Sesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa. *Everybody deserve to happy*

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmu
Jika kita telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kita dan si dia. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara kita dan si dia.. Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara kita dan si dia. Tapi jika kita masih tidak mampu, apa kata kita berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa yang sedang kekosongan.

7. Berfikiran positif
Apabila si dia menolak cinta kita, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri kita. Adakalanya kita tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.

Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk kita muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila kita menemui pengganti si dia suatu hari nanti.

8. Bergembira bersama rakan
Jika sebelum ini kita selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga saat kita dikecewakan.. apa kata kini kita cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan kita tahu akan batas-batasnya.

Mungkin dengan cara ini kita dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.. *Friends are Forever*

9. Buat penampilan baru
Buang imej lama dan cuba tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang kita alami memberikan kebaikan kepada diri kita. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk kita mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya terbuka luas.

Jadi jangan lepaskan peluang, kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan kita pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih dahulu.. *tapi jangan over sudah!*

10. Cari Pengganti
Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk kita mengubat kedukaan terbuka luas asalkan kita bijak mencari peluang. *Tepuk dada tanya selera!*